Sounding Letters

Sebelum ni masa Haris, Haris bunyikan sama macam video-video ajar bunyi di Youtube. Buh, Tuh, Kuh. (Lagi lagi kalau video yang dari India tu.) Jadi bila dia membaca dia akan baca macam ni, Bat-uh. Cat-uh.

Cemanalah nak selesaikan ni? Cari-cari, jumpa buku Teach Your Child To Read in 100 Easy Lessons. (Buku ni bagus juga untuk ajar baca, guna ni masa ajar Haris membaca. Nak beli boleh beli di Kinokuniya atau Opentrolley) Buku tu klasifikasikan cara bunyi huruf kepada dua cara bunyikan, voiced dan whispered. 

Contoh huruf-huruf yang voiced m, a, e, r, b, d.

Contoh huruf-huruf yang whispered s,t, c, h.

Macamana nak bunyikan dengan betul?

Buku ni sarankan kita cuba sendiri sebutkan perkatan yang dibelakangnya huruf yang kita nak cuba. Contoh macamana nak bunyikan nnn. Sebutkan perkataan fan secara sangat perlahan (bunyikan satu saat di setiap huruf). Cara kita sebut nnn masa kita bunyikan tu adalah bunyi yang sepatutnya. Bukan ‘nnnuh’ atau ‘nnnih’. Faham kan?

Now, untuk bunyi t. Cuba bunyikan fat secara perlahan dan kuat. fff-aaaa-tt. Perasan tak ffff kita boleh bunyikan lama, aaaaa pun, tapi ttt tak boleh tarik panjang. Cuba tarik panjang bunyi ttttt sampai 2-3 saat. Tak boleh kan? Panjang mana kita bunyikan fffffffff, aaaaaaaaa, sampai je t, mesti t. Bunyi tu terus mati.

Jadi buku ni ajar, cara senang untuk tahu bunyi sesuatu huruf tu ialah sebut satu perkataan yang berakhir dengan huruf yang kita nak tu. Contoh nak tahu macamana bunyi t, cuba sebut slow fat, macam tu lah bunyi t, kalau nak tahu bunyi cuba sebut slow cab, dapat bunyi ‘b’.

Macamana nak tahu whispered sound? Bunyi tu “whispered if your voice is not turned when you say the sound.” Letak tangan di tekak dan cuba sebut dengan suara berbisik sebut ‘fuss’, kita tak rasa tekak kita bergegar. Cuba sebut fuss dalam suara biasa, fff tak gegar, uuuuu gegar dan t tak gegar. Cuba sebut perkataan fun pula. Ffff tak gegar, uuu dan nnnn gegar. Cuba sebut perkataan run. Semua huruf, rrrr uuuuu nnnn gegar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.