Montessori,  Montessori Notes

Reflections of Practical Life

2 minggu lepas habis training tentang Practical Life dan sekarang kena buat album. Kena analyse sendiri movement, tulis sendiri cara-caranya. Macam yang kita tengok dalam online album seperti infomontessori.com tu. Husband cakap tiru je. Ha. Tak boleh ok. Ambil vocabulary tu bolehla. Satu sebab plagiarism. Satu lagi mustahil untuk tiru sebabnya ALBUM tu adalah PERSONAL. Ia adalah untuk diri kita sendiri, macam manual. Kita faham yang kita tulis, makes sense to us dan yang paling penting ikut CARA kita sendiri. We follow the basis tapi we work out the rest. While thinking to the best benefit of the child. Yang kanak-kanak mudah buat.

CONTOH

Saya kena tulis presentation untuk buka dan tutup botol. Saya kena praktik dulu macamana saya buat dan mudahkan, simplify movements, eliminate unnecessary movements. Macamana tangan saya untuk letak di penutup botol supaya kanak-kanak boleh nampak dan mereka boleh tiru buat nanti untuk berjaya buka botol.

Each montessori guide might write that up differently. Even antara saya dan rakan-rakan seperjuangan pun tulis a slightly different. Manual tu guidance book untuk kitalah.

Sebelum saya buat training ni, memang saya banyak refer album-album free online. Ada juga yang saya beli. Sudahnya saya copy paste dan potong step yang saya rasa tak perlu, dan tambah dan simplify sentence supaya later bila sata refer tu saya faham. Bila saya baca balik saya faham.

Perkara kedua yang buatkan saya sedar adalah practical life sepatutnya ikut persekitaran yang kanak-kanak tu berada. Saya tahu secara teori sebelum ini, tapi bila melalui training ini, dan trainer saya beritahu step-step dan kenapa dibuat begitu begini saya sedar lagi sekali. Macam naik lagi satu tingkat kesedaran tu. Haha.

Selama ni bila buat dirumah saya juga banyak tengok Pinterest, blog, dan juga instagram, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat oleh anak-anak. Saya fokus kepada skill-skill baru yang anak-anak boleh perolehi. Sambil tengah syok cari skill-skill baru, skill-skill yang sepatutnya bantu mereka function dalam rumah tu saya abaikan. Hmmmm. Satu saya fikir “Bijok nih, skill baru boleh ambil gambar.” Huk. While yes bila buat aktiviti anak-anak gembira, challenging suka buat tapi guna ke skill tu? Contoh, beri guna chopstick. Tapi keluarga kami jenis tak makan mee. Memang kehidupan harian kami memang tak pernah guna chopstick pun. Jadi sebabkan mereka tak pernah tengok pun dalam persekitaran mereka yang kami-kami ni tak pernah guna chopstick untuk makan dan memang tak guna pun, it will just be an activity. Takde purpose.

Sama macam masa buat activity sweeping. Ingat tak saya ada buat post tentang activity sweeping yang buat square dulu. Yang mula dulu atas tray? Well my trainer’s view is different. Apa yang diajar adalah sangat praktikal. Ada marker (cebisan kertas kecil) dekat dengan penyapu, ajak anak cari lantai yang banyak habuk, letak marker ditempat banyak habuk, ambil penyapu dan sapu habuk ke arah marker. Ambil pan, sapu semua habuk berserta marker tu skali dan buang. Praktikal kan? So next time diorang nampak lantai berhabuk boleh terus buat je. Berbanding dengan letak square, letak square nya disatu tempat, habuk duk hujung sana jauh. Diorang nak bawa habuk tu ke square punyalah jauh. Itu pandangan my trainer. Tapi my own experience, I isolated the skill. Jadi juga, Aqeel boleh sapu juga dan sapu juga bila nampak banyak crumbs contohnya. But if I’d known this earlier, I’d just tak buat the square all together. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.