Montessori Scope and Sequence & Record Keeping Period 2

Wah. Dah bulan 6 dah ni (baru balik rumah dari beraya di kampung.) Semangat barulah harapnya dah 2 bulan cenggitu je, macam-macam kejadian. Alhamdulillah.

Jadi kat bawah ni adalah Scope & Seqeuence Period 2 untuk Aqeel.

Period 1 sebelum ni banyak fokus pada practical life. Kali ni sambung pada advanced practical life. Setakat ni tak banyak pun yang terbuat sebab Aqeel asyik mengelak untuk buat practical life activities di shelf. Dia banyak join aktiviti harian je, dan lately adalah nampak dia nak buat. Disebabkan pencil grip dia macam tak kena, bila tanya this one montessorian ni dia respon yang Aqeel perlu banyakkan practical life, which makes me tengok dan reflect semula.

Sandpaper letters ni ikut cara Dwyer.

2 area baru di tambah kali ni. Sensorial dan Math. Sebenarnya Math, disarankan mula kenalkan umur 4 tahun ke atas, tapi sebab Aqeel sensitive periodnya Math, jadi mula awal.

Touch Boards & Touch Tablets

Touch boards dan touch tablets adalah untuk latihan refine deria sentuhan.

Touch boards yang sebenar macam ni.

Gambar ni diambil di website Montessori Album.

Satu permukaan kasar (sandpaper) dan satu permukaan licin. Kanak-kanak di latih untuk membezakan kasar dan licin (rough and smooth). Sambil tu mereka juga belajar bahasa, kasar dan licin. Saya DIY je, guna mounting board dan kertas pasir untuk permukaan kasar. Satu lagi guna kertas untuk print gambar untuk permukaan licin.

Cara nak persembahkan boleh rujuk sini atau sini.

Kalau ikut album, sepatutnya ada lagi satu atau dua seperti gambar di bawah, strip kasar dan licin, dan graded touch.

Tapi kami skip yang ni dan terus ke Touch Tablets. Sebab saya fikir macam fungsinya lebih kurang.

Gambar dari Montessori Primary Guide.

Aktiviti ni anak-anak perlu padankan tekstur gred kertas pasir yang sama. Jadi untuk setiap satu gred tu ada 2 tablet. Cara persembahan boleh rujuk di sini dan sini. Yang ni pun kami DIY juga. Saya beli 5 gred berbeza. Dari yang betul-betul kasar jarak dia jauh untuk anak-anak mudah rasa perbezaan tekstur (ingat setiap aktiviti adalah untuk anak mudah berjaya buat) dan untuk kedua terakhir tu je saya beli yang grednya dekat, bila sentuh lebih kurang sama. Dan note juga bila anak-anak salah pairing, jangan betulkan dan jangan cakap apa-apa. They would want to this again and again and perfecting their senses eventually.