• 3y,  5y,  9y,  Aqeel,  Elementary,  Hana,  Haris,  Mathematics,  Montessori

    Weekly Update

    Minggu sebelum tu cuti je. Tak buat apa-apa aktiviti. They’re allowed 2 hours of screentime.

    Minggu ni pun sebenarnya tak plan apa-apa. My plan was to store all of the materials on shelves and tukar dengan new materials. Bukan ‘baru’ tapi kira ikut perkembangan terkini, interest, and what needs to be worked on.

    Sebelum masuk storage, bagi dulu diorang buat. Contoh brown stair ni.

  • 3y,  Aqeel,  Mathematics,  Montessori

    Matematik Sebelum 4 Tahun?

    Dalam Montessori, subjek Matematik dikenalkan paling akhir pada kanak-kanak dan umur yang disarankan adalah 4 tahun. Mereka perlu lalui Practical Life & Sensorial yang banyak dahulu. Tapi setiap kanak-kanak berbeza, umur hanyalah sebagai guideline sahaja.

    Cumanya, macam Aqeel dia mula mengira 1,2,3 awal lagi. Masa dia 2 tahun lebih. Itu cam terlalu awal je kalau nak dibandingkan dengan usia 4 tahun dia nanti. Adakah dia Sensitive Period kepada Matematik? Perlu kenalkan sekarang ke? Bila tanya beberapa montessorian, komen mereka, biasa kanak-kanak pada awal usia mereka tengah sensitive kepada bahasa sebenarnya. Mereka menghafal nama nombor-nombor tu semua. Jadi ini bukan matematik, tapi bahasa. 

    Macamana nak tahu jika dia dah ready pada Matematik? Bila dia dah boleh buat one-to-one correspondence, patterning, dan bila tengok 2 benda dalam satu kumpulan tu dia cakap 2, tanpa mengira setiap satu, jadi ada kesediaan di situ. Jadi bolehlah kenalkan aktiviti Numbers 1 – 10, slow down and have fun! 

    Aqeel sekarang 3 tahun 2 bulan dah dikenalkan dengan number rods 1-10, symbol dan number rods & cards dan tengah slow down ambil masa sebelum kenalkan dengan zero game & spindle game. 

  • 3y,  Aqeel

    Aqeel Moving on to Period 2. Period 1 Reflections.

    Untuk Period 1 banyak fokus pada Practical Life. Tapi Aqeel dah tunjuk interest dalam Math. Dia dah mula mengira pun. Dah boleh tahu kalau ada empat biji, boleh terus cakap ada empat. Kalau keluar, nampak burung mesti beritahu “Jap, nak kira.” dan mula mengira. Jadi had to move Math dari Period 4 ke Period 2.

    Kalau ikutkan banyak sebenarnya yang belum accomplish dalam Period 1. Aqeel cam tak berapa minat practical life such as pouring dan transferring di shelf. Jadi kena banyak incorporate dalam aktiviti harian contoh memasak macam tu.

    [Selama ni dalam draft tak sempat nak habis karang. Dipublish juga untuk rujukan.]

  • 0-3m,  Aqeel

    Checklists untuk Newborn

    Masa Aqeel dulu newborn ikut checklists ni.

    • Letak somewhere near him gambar hitam putih (masa Aqeel tu sandarkan di cot atau dinding berdekatan tempat dia baring). Kenapa gambar hitam putih? Boleh baca sini.
    • Responds to loud sounds. Ingat lagi masa ni masa dia tengah jaga, kadang-kadang tepuk atau jatuhkan barang untuk tengok respon dia. Hehe.
    • Mata dia mula follow moving object jadi gantungkan mobile. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini. Untuk mobile ni, terngiang-ngiang perenggan dari michaelolaf :

    “This baby was visiting a home where there were no visual mobiles and he needed to carry out this important daily “work”. So the mother hung a scarf over a lampshade in front of an open window, creating a moving object for the baby to focus on. Suddenly she realized that it seemed he was ready to move beyond watching, to touch! He tried with his whole body to reach the fringe of the scarf, but is not yet at the stage of controlling his hands to this extent. (2.5 months)”

    • Tummy time dan tengok boleh angkat kepala.
    • Buka dan tutup tangan
    • Mula bawa tangan ke mulut
  • 2y,  Aqeel,  Montessori Notes

    Sensitive Periods untuk 2 tahun

    Montessori kenalpasti ada beberapa sensitive periods untuk umur 0-6 tahun. Bila ibubapa atau cikgu tahu dan ambil peluang masa sensitive period ni, kita boleh bantu perkembangan mereka dengan lebih berkesan. Macamana nak tahu kanak-kanak ni ‘tengah’ sensitive periods? Dengan kita observe mereka dan take notes. Kita boleh nampak behavior mereka terhadap satu-satu perkara tu, mereka ulang dan ulang dan ulang, contoh Aqeel sekarang asyik ambil dan baca buku shapes, kalau keluar mesti tunjuk tu shapes apa ni shapes apa. Jadi kita cepat-cepat ambil peluang dan sediakan aktiviti yang seronok berkaitan dengan shapes untuk mereka. Ciri-ciri lain mereka dalam sensitive periodmimicking, intense concentration, and compulsive or obsessive behaviours. (here)

    Jadi untuk Aqeel yang sekarang ni 2 tahun 2 bulan, sensitive periodsnya:

    Bahasa: Hingga umur 3 tahun, sensitive pada spoken language. Use of words to communicate: a progression from babble to words to phrases to sentences, with a continuously expanding vocabulary and comprehension. Aqeel sekarang expand vocab dengan tanya apa ni? Apa ni? Support perkembangan bahasa di rumah dengan kita bercakap dengan anak-anak dalam bahasa yang betul dan clear, menyanyi, membaca bersama dan dengar betul-betul apa yang mereka cuba sampaikan keperluan mereka. Aqeel sekarang ni tengah kemuncak dia punya sensitive pada bahasa. He communicates his needs and tries, imitates his sister and brother’s speaks, boleh buat ayat 3-4 perkataan.

    Order (0-4): Order bantu develop reasoning skills, organise information, dan memahami persekitaran mereka. Ciri-ciri sensitive pada order yang kita boleh lihat, mereka INGIN konsisten, ulang-ulang dan rutin. Masa sensitive period ni mereka lebih berminat putting things in order and packing things away, than they are in playing with their toys. Untuk bantu sensitive period pada order ni, kita buat peraturan, rutin, dan sediakan persekitaran yang teratur contohnya mainan ada kotak-kotak simpan, tempat buku, tempat pensil warna, tempat letak kasut.

    Pergerakan: 2tahun, mereka lebih pada refinement and coordination of movement. Masa ni mereka mula pegang barang-barang guna 2 tangan, develop the pincer grip, and control and coordinate movement.

    Untuk bantu fine and gross motor skills, penting kerap keluar jalan-jalan dan ke taman. Di rumah, boleh buat banyak aktiviti yang boleh mereka latih pergerakan mereka seperti melukis, basuh tangan, threading, melompat. (Idea: Boleh buat obstacle course dalam rumah!)

    Music (2-6): Kanak-kanak secara spontan akan tunjuk minat pada pitch, ryhthm dan melodi bila mereka biasa dengan musik.

    Toilet training (18m-3): As her nervous system become better developed and integrated, your child will learn to control her bladder and bowels.

    Grace & Courtesy (2-6): Kanak-kanak suka tiru gaya sopan dan considerate behaviour yang seterusnya akan membentuk personaliti mereka. Aqeel sekarang dengan sendiri akan show gratitude terhadap apa yang dia dapat. Even sesimple I hand him a pencil. Atau kalau belikan mainan yang dia suka, dah habis main dia akan datang tiba-tiba dan cakap, “Terima kasih mama, belikan car.” Atau bila dia buat yang tak sepatutnya he will say sorry. 

    Senses (2-6): Sensory education begins at birth but from 2 your child will be fascinated with sensorial experiences (taste, sound, touch & smell). This period of sensitivity can be characterised by a child’s fascination with sensorial experiences such as touch, taste, sight and smell.

    The first phase of sensory awareness, sensitivity to small objects, occurs from one to three years of age. This period can be characterised by a child’s fixation with small objects and tiny details. The completion of this phase indicates that an understanding of order and detail are coming together in the child’s mind.

    The second sensitivity phase, sensorial exploration and classification, occurs from 2.5 to 6 years. This phase can be classified by an intense desire to take part in learning experiences that integrate the senses. These experiences provide children with a system to classify objects within their environment.

    To support sensory sensitivity, it is important to provide your child with vast opportunities to explore and observe their environment using their senses. At home, you could provide your child with opportunities to group objects with similar traits, describe materials with different textures, and practice sensory based games like ‘I Spy.’

     

     

    Sumber, Sumber

     

  • 2y,  Aqeel,  Language,  Montessori

    Classified Pictures / Classified Cards

    Dalam buku Gettman, aktiviti pertama bahasa untuk anak-anak adalah classified pictures. Aktiviti ni boleh mula dari umur 2-2.5 tahun (Lynn Lawrence, Read & Write).

    Untuk Aqeel (2thn) saya guna gambar objek-objek dalam rumah dan bahagian rumah, contoh gambar dapur, dan objek-objek di dapur. (Boleh guna gambar jalan, taman, pasaraya dll).

    Untuk Hana boleh guna gambar-gambar yang Hana minat sekarang, contoh kenderaan, haiwan liar atau bunga-bunga. Yang ni boleh search dan download 3 part cards wild animals contohnya atau apa-apa topik semasa yang anak minat. Banyak ada. Website yang saya suka adalah The Helpful Garden.

    Mula-mula print dan laminate dan cuba present. Sekali Aqeel datang nampak gambar yang dia familiar dan keliling rumah tunjuk-tunjuk. Oh, might as well buat matching activity.

    Bahan:

    • Sediakan beberapa set kad. Setiap set ada 10-20 kad. Setiap satunya ada gambar dan belakang kad ada simbol “bulat segiempat segitiga” sebagai label kad dalam kategori masing-masing.

    • Satu kad adalah gambar penuh satu-satu pemandangan (bilik mandi), kategori (cth: haiwan liar), situasi (majlis perkahwinan) atau objek (contoh dapur, bilik tidur, bilik mandi, kenderaan) disusun atas sekali dan kad yang lain-lain adalah gambar objek-objek yang terdapat dalam pemandangan tu.
    • Scene ni dipilih adalah scene yang anak biasa tengok atau lalui atau minat. Objek-objek pula adalah objek yang common.
    • Boleh ambil gambar sendiri, gambar dari majalah-majalah, flyer, iklan dan lukisan sendiri yang berwarna.
    • Contoh untuk pakaian, ambil gambar wardrobe.

     

    Presentation: (Untuk pertama kali)

    Mula dengan gambar keseluruhan scene, tunjuk setiap kad dan bincang setiap satu kad. Pastikan guna nama yang betul. Kalau ada gambar yang anak tak kenal, namakan dan take note. Bila dah tengok semua, beritahu “Semua ni boleh dijumpai di dapur atau “Semua ni adalah haiwan liar.”

    Pada hari lain, buat 3 period lessons untuk objek-objek yang anak-anak tak tahu nama.

    Scope of Sequence

       
    Period 1Exercise 1Buat set lain seperti presentation ikut minat/pengalaman anak-anak
    Exercise 2Anak tengok kad-kad tu secara independent
    Period 2Exercise 3Campurkan kad dari 2-3 set dan hamparkan. Lepas tu minta sort ikut scene/kategori masing-masing. Dah siap minta terbalikkan dan cek simbol betul atau tidak (self check)
    Exercise 4Hari lain bila anak buat exercise 3 tanya "Nampak tak apa-apa yang boleh jumpa di dapur?" "Ya, apa tu?" Jadi mereka diberi peluang untuk sebut nama-nama objek. Teruskan untuk semua kad.

     

    Untuk sesiapa yang nak buat classified cards sendiri boleh download template yang saya dah buat. Tukar gambar sahaja. Fail dalam bentuk power point.

    Template Classified Cards

     

    Rujukan lain:
    Montessori Pre-Reading Activities & Cards di Our Montessori Home
    Montessori Toddler Classification Cards di The Kavanaugh Report
    Reading Classification di Info Montessori