Diftong, Vokal Bergabung & Digraf

Kalau ikut kaedah Dwyer Montessori, semua bunyi fonik dikenalkan pada peringkat awal, termasuklah digraf/diftong contoh sh, ch, ng, ai, ay, etc. Boleh search dalam blog ni untuk baca lebih lanjut.

Ianya semudah dua perkataan bergabung menghasilkan bunyi yang lain. I was thinking why would they go that far untuk kenalkan anak-anak pada digraf, vokal bergabung semua ni. Jika tengok latih tubi pun siap budak-budak kena kenalpasti mana satu digraf mana satu vokal bergabung. Bila baca perancangan atau detail kenapa, kesimpulan yang saya mampu buat adalah sebenarnya untuk memudahkan anak-anak senang baca je kot sebenarnya? Sebab kadang Haris pun, baca kalau dua huruf yang hasilkan bunyi lain, dia jadi baca bunyi setiap satu macam bunyi konsonan bergabung.

Jadi kesimpulan yang saya buat, dan approach saya adalah sama macam kaedah Montessori (I can’t comment on those who used PBG sebab tak kaji cara tu) kenalkan semua diftong, vokal bergabung & digraf sekaligus je untuk umur Hana dan Haris bolehlah kot nak kenalkan nama-nama ni semua. Tapi memang dah mula kenal pun selama 2 tahun dia di sekolah ikut buku teks BM Tahun 1 dan Tahun 2. Cuma kalau tanya balik ni ingat lagi tak? Honestly, why would all of those matter? Asal boleh baca sudahlah? ^^;

Anyway, senarai Diftong, Vokal Bergabung & Digraf:

  • kh
  • ng
  • sh
  • ny
  • ai
  • au
  • oi
  • ia
  • uu
  • ai
  • ua
  • io
  • ia
  • ea
  • eo
  • eu

Edit: Ok jumpa penerangan ni untuk persoalan di atas:

Anyway this is what I found in DBP website untuk kenapa diftong, vokal bergabung, digraf & konsonan bergabung dikenalkan pada Tahun 2 SK. Quoting below:

“Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3)  menitikberatkan  kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan.

Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4.

Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti  ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru.  Perincian tentang definisi/konsep  diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau  diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.”

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.