The Year and Its Part
The Year and Its Part
Presentation ni untuk Hana, kebetulan Aqeel mmg tak tahu nak buat apa, minta dia observe tepi. Tapi biasalah bila tengok mesti nak participate.
Relate dengan fraction. Jadi untuk presentation ni mesti dah tahu bulan2 dalam tahun dan konsep pecahan tu.
First dah jadi habit dan memang kena menghabitkan diri untuk orientasikan kepada material baru. Jadi first tanya dan maklum dulu apa yang ada di mat. Kita ada 6 strip yg sama. Familiar tak? Ada apa? Berapa bulan? Bulan apa? Etc.
Then Beritahu yang first atas tu satu tahun penuh, 1 whole year. Ada berapa bulan. 12 bulan. Ambil 1 whole fraction tu letak, yang ni pun 1 whole.
Then yang kedua, kita nak bahagikan satu tahun ni kepada dua bahagian sama banyak, equal parts. Tanya Hana, Hana rasa sampai mana separuh/setengah? Then Hana kira. 6 bulan. Then bagi contoh dalam percakapan seharian, bila kita sebut, contoh, “Kita pindah tengah tahun la.” Maksudnya lebih kurang bulan berapa? “Bulan 6, june.” Minta lipat setengah, Aqeel gunting. Pastu minta ambil fraction circle yg berkenaan.
Ok next bahagikan kepada 3 bahagian sama. Hana kira. Aqeel pun cakap suku! Hehe. Belum lagi. Proses sama. Hana kira berapa bulan untuk dapat sama 3 bahagian, lipat, potong, circle, repeat.
Hinggalah 5. Aik, tak boleh. Ok xpe. Next, 6 bahagian.
Then last skali boleh tak bahagikan 7 bahagian? Hana cuba kira tak boleh. Aqeel pun geleng. Kita cuba 8? Hana cuba tak boleh. 9? Kali ni tak cuba, terus geleng. Aqeel pun sama? Tanya sampailah 12, barulah dua-dua angguk. All these happen in silence. Rasa sedikit kelakar di situ. But anyway!
Itu sahaja untuk hari ni. I’m not giving lots of presentations in a day. Satu hari at least 1 sahaja. (Tapi dia punya prep kita nak belajar ti berjam2 haha. Tp all worth it!) Yg lain galakkan repeat yg dah buat sebelum ni.