Language,  Montessori

Aktiviti Bahasa Pertama

Untuk permulaan, aktiviti bahasa fokus pada percakapan (spoken language). Boleh mula umur 18bulan ke atas. Masa ni kalau ikut perkembangan, anak-anak kemuncak bercakap. Bak kata omputeh, explosive. Macam-macam perkataan, frasa dan ayat yang keluar dari mulut mereka secara mendadak! Saya perasan perkara ni dengan Aqeel. Sebelum 18 bulan tu, tak banyak cakap, hanya satu patah satu patah. Dia hanya banyak dengar dan perhati. Satu hari tu, tetiba banyak perkataan keluar! Maksudnya dia dah gabung 2-3 perkataan sekaligus! Perkataan yang kita tak pernah ajar pun keluar juga dalam mulut dan ikut konteks pula tu!

Jadi, dalam persekitaran Montessori, sebab Sensitive Period kanak-kanak tengah kemuncak ni dengan percakapan, aktiviti awal pun banyak untuk support itu.

Terdapat dua jenis aktiviti:

  • Penambahan perbendaharaan (Vocabulary Enrichment)
  • Language Development 

Aktiviti Penambahan Perbendaharaan (Vocabulary Enrichment)

  1. Orientation Game
  • Jom kita main!
  • Mama minta Aqeel buat sesuatu, Aqeel buat dan datang sini semula bila Mama buat macam ni (signal tangan datang semula.)
  • Beri arahan mudah cth, sentuh dinding, sentuh pintu dll guna preposisi dan objek yang anak dah biasa. Kalau anak tak tahu objek yang kita sebut, beritahu ” Nanti mama tunjukkan nanti” dan minta buat yang lain.

2. Namakan Objek Persekitaran

  • Bahan: Objek dalam persekitaran termasuklah yang kanak-kanak tak tahu nama, terutamanya dari Orientation Game.
  • 2 cara:  1) Ambil barang random, letak atas mat dan namakan (guna 3 period lesson)  2) Bawa jalan sekeliling dan namakan, termasuklah bahagian-bahagian kecil objek contoh, pintu, namakan engsel, tombol etc.
  • Contoh lain pakaian yang dia pakai, seluar, butang, kolar etc.
  • Nota: Satu hari satu klasifikasi contoh barang di ruang tamu, alat tulis, etc.

3. Classified Cards

4. Response Game

  • Kita akan buat apa yang mama suruh.
  • Bangun, duduk, letak tangan atas kerus, atas lutut, tangan belakang, tangan atas hidung, jalan langkah besar ke cylinder block, langkah kecil dan sentuh bunga.
  • Kanak-kanak yang lebih tua boleh minta ambil brown stair yang paling ringan, atau cylinder block yang paling besar etc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.