AMI Certificate!

Alhamdulillah, I did it! Berjaya!

Ya Allah. Habis tu rasa cam nak nangis (nangis dah pun). Seriously. It was an intensive 9 days. No, it was more. 9 days of full lectures & practicals, 9 hours of observations, couple more hours for essays & assignments. 60 contact hours and more! It was intense. I couldn’t have done it without full support of hubby. Thank you so much jagakan anak-anak for these 2 weeks, juggling between long distance work commitments. Love you til Jannah. <33 and Haris thank you sangat memahami dan tolong papa jaga adik-adik. Hana, thank you sangat layan adik dan berdikari dalam banyak hal. Aqeel, thank you for hanging in there! Nak last-last tu he couldn’t take it anymore, clinging and crying whenever I left. Being on this foreign land for 2 weeks for a non traveller like us, teaches us a lot.

Memang terfikir nak share hari ke hari, atau mingguan apa yang belajar. Tapi tak sempat. Balik je, layan anak-anak, buat assignment. Ada 3 je hari cuti in between, masa tu lah baru keluar jalan-jalan. No. 1 hari cuti tu habiskan masa dengan buat observation. 2 hari je dapat jalan. Cuaca sejuk, hujan, berangin. Waktu malam awal. Jadi, inshaAllah balik Malaysia nanti, akan share. ^^

Memahami Geometric Cabinet

Sebab belajar sendiri kan untuk present ajaran-ajaran Montessori ni pada anak-anak, our pace is much slower. I’ve been stuck with this for a whole week now. Haha.

 

Untuk Primary (3-6)

Mula dengan yang paling mudah: circle, triangles, rectangles, regular polygons, curvilinear figures, and quadrilaterals.

Elementary:

Mula dengan paling sikit sisi: triangles, quadrilaterals, regular polygons, curved figures, rectangles, and circles. “It is during elementary that the complete study of form continues. The triangle being the first polygon or closed figure moving through to the circle with an infinite numbers of sides.”

 

 

Dapur Montessori Kami

This is currently our small area for the children in our kitchen. Nothing fancy. But it works for them. I just moved the toaster there just recently, Aqeel enjoys putting in bread, Kakak or Abang will help him turn it on. Oh forgot to label next to the blue water container there is the placemat and cutting board from IKEA. What I still need to improve or add is easy recipe hanging there somewhere where they can flip through and do themselves, change the plastic plates, bread container which I think I saw one in Daiso.

 

 

Montessori Kitchen / Dapur Montessori

Kita dah terbiasa, kalau di dapur, kanak-kanak dilarang masuk. Biasa kalau mula nak masak, kita buka tv, nah duk diam tengok tv, sebab tak nak mereka kacau kita tengah masak dan di dapur juga banyak benda-benda bahaya, api, elektrik, benda-benda tajam.

Tapi tahukah, dalam kelas Montessori, kanak-kanak digalakkan untuk menyediakan sendiri makanan ringan (snack)? Mereka juga siapkan meja untuk makan? Dan mereka juga digalakkan untuk mengemas sendiri (clean up after themselves), basuh dan keringkan alatan makan mereka sendiri. Ini kerana sifat mereka yang suka ikut apa dewasa buat dan sifat mereka yang mahu berdikari. Dan semua ini tidak mustahil jika kita sediakan prepared environment untuk mereka. All child size and easily accessible to them.

Prinsip ni juga sangat mudah sebenarnya untuk diterapkan di rumah. It all make sense sebab kita juga banyak luangkan masa di dapur, dari nak prepare, masak, basuh pinggan mangkuk, periuk belanga hingga kemas dapur. Jadi boleh libatkan juga mereka, mereka tolong aktiviti yang simple-simple di dapur.

Apa yang kanak-kanak boleh turut serta buat kerja di dapur:

  • Sediakan makanan & masak
    • Spreading & Peeling
    • Potong makanan lembut seperti pisang dengan pisau tumpul
    • Pengenalan kepada pisau tajam
    • Potong yang lebih keras seperti timun, kemudian carrot dan juga buah-buahan.
    • Ukur (measure) bahan-bahan
    • Pouring Skills
    • Basuh dan koyak-koyakkan sayur hijau
    • Buat & rolling dough
    • Ikut resipi
    • Pecahkan telur
    • Basuh beras untuk masak nasi
    • Ajar keselamatan gunakan stove
    • Flip pancakes
    • Crushing Garlic
    • Masak telur
  • Basuh alatan makan minum mereka sendiri

Tetapi sebelum tu adalah sangat penting kita pastikan mengambil langkah-langkah keselamatan di dapur termasuklah:

  • Semua pan yang berhandle panjang dihalakan ke dalam, suis dapur api di atas bukan di hadapan.
  • Ajar awal anak-anak tentang panas
  • Barangan eletrik, wayar, bahan pencuci dan bleach yang bahaya di simpan di tempat yang tak dapat dicapai kanak-kanak
  • Jangan tinggalkan anak seorang diri di dapur semasa api terbuka.

Dalam buku How to Raise an Amazing Child the Montessori Way sarankan sediakan meja bersaiz kanak-kanak di dapur untuk kanak-kanak memasak bila umur anak-anak nak mencecah 2 tahun. Guna drawer bawah untuk simpan sudu, garfu dan pisau dan rak bawah untuk letak pinggan, mangkuk, dan napkins. Dalam peti pun, ruangan bawah tu untuk letak jug minuman kecil, buah-buah yang dah dah di potong yang sedia untuk makan dan apa-apa bahan untuk buat snack.

Di bawah adalah setup ruang dapur yang saya suka!

Ramai juga yang guna dapur mainan, DUKTIG dari IKEA dan hacknya kepada workable kitchen area untuk anak-anak.

Dan saya suka yang ni, sesimple macam ni pun OK, mungkin dengan cari dalam rumah meja kecil atau almari kecil dalam rumah dan repurpose sebagai ni.

We are currently redesigning our home so that it fosters both Fatima and Mazen's independence. I noticed that where they ask for my help that most is in our kitchen because everything is not within their reach. I asked myself what were the things that I know they can do by them selves and am I providing them with the opportunities to do so? The answer was a big no, because every time Mazen wanted to eat I would get the plate and the bowl for him. So we have incorporated a small shelf at their reach that includes plates, bowls, cups, a small water pitcher and two towels for clean up and for drying their hands. We have also stopped putting Mazen in a high chair and we have successfully transitioned to a small table and chair where he can get in and out freely and his legs can touch the floor. This little exercise has made me view my entire home with a fresh pair of eyes and I am starting to see all the ways I have been impeding their need for order and independence. If your interested in pursuing such an approach my advice would be to just sit on the floor in any given room to see how your child views that room, believe me you will be surprised. I will be sharing some before and after pictures in the upcoming weeks with some ideas of the changes we are making. #independentchild #montessori #redesigningourspace #montessorikids #montessorikitchen #18months #5yearsold #parenting #parentingtips

A post shared by esraa haidar (@esraahaidar) on

Or if you’re husband is handy, boleh buat camni

Jadi bolehlah mula mengkonmari dapur, kosongkan ruang bawah drawer dan shelf dan mula sediakan ruang untuk mereka berdikari di dapur!

DIY Sound Cylinders / Sound Boxes

Aktiviti ni boleh mula dari umur 3-3.5 tahun:

Tujuan Sound Cylinders adalah untuk:

  • Mengasah auditory discrimination
  • Develop deria pendengaran dengan mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bunyi yang seterusnya develop kemahiran mendengar.
  • Menambah baik kebolehan anak-anak untuk bezakan different volumes dan pitches.
  • Tambah vocabulary

Bahan asal macam ni:

 

Setiap satu tube bunyi berbeza dalam dua set, biru dan merah supaya ada bunyi sama untuk match nanti. Anak-anak goncang dan dengar yang mana keluarkan bunyi yang sama.

Boleh baca cara nak persembahkan di sini atau sini.

Video:

Kami DIY-ed sound cylinder. Guna bekas warna Crayola yang ni sebab dah habis guna.

Diwarnakan dengan acrylic paint jadi camni.

Buat 3 set dulu untuk permulaan. Isi dalam kacang hijau kecil tu, kacang hitam dan gula.

Lepas tu minta Aqeel cari bunyi yang sama. Dia jumpa bunyi yang sama cuma struggle tang nak nyusun tu. Huhu.

Sequence:

  • Explore sounds & identifies “Loud & soft” sounds (present satu set dahulu. guna sebelah tangan sahaja)
  • Pairs cylinders according to sound (untuk aktiviti match pastikan satu set berada di sebelah kanan dan satu set di sebelah kiri) (mula dengan 3 set dahulu kemudian 6 set)
  • Grades one set according to sound
  • Identifies & describes grades of volume of sound
  • Uses correct vocabulary to describe volume of sounds in context

 

Untuk umur bawah 3 tahun boleh kenalkan dengan isi bahan-bahan yang berlainan dalam bekas camni dan letak dalam treasure basket, just simply for them to explore different sounds!

Earth Day Resources

7 Good Resources for Teaching and Learning About Earth Day

Blog:
Activities
Active Ways to Celebrate Earth Day di Carrots are Orange
20 Earth Day Activities di Playdough to Plato
Engaging Earth Day Activities for Kids di The Kindergarten Connection
20 Ways to Celebrate Earth Day di Montessori Nature
Craft Ideas for Earth Day di Sight & Sound Reading
Earth Day di Every Star is Different
Earth Day Preschool Activities di Trillium Montessori
Conservation Songs
Earth Day Activities di The Inspired Apple

Art:
Earth Day Art Activity di Carrots are Orange
Watercolor di Kindercraze

Walking on the Line

Berjalan atas garisan adalah salah satu aktiviti kemahiran kendiri Montessori (Practical Life).

Masa pemerhartian Dr. Montessori, beliau perasan yang kanak-kanak ni suka berjalan atas kayu, atas curb jalan tu. Kalau kita pun perasan anak-anak kita suka naik curb jalan, ikut garisan cat di jalan dan seumpanya. Jadi Dr Montessori perasan yang kanak-kanak ni tengah dalam nak sempurnakan sense of balance mereka. Mereka dalam dua sensitive period untuk sempurnakan pergerakan mereka iaitu, masa umur 2-4.5 tahun, kanak-kanak sensitive period untuk koordinasi pergerakan secara sedar (conscious) dan refinement of the senses (2-4 tahun).

Jadi disebabkan sebab-sebab di atas, Dr Montessori cipta aktiviti ni dalam kelasnya untukk bantu kanak-kanak melatih koordinasi, balance, kawal pergerakan otot dan body awareness. (sini)

Nak cari video kanak-kanak berjalan atas garisan, tapi tak jumpa yang ok. Setakat ni yang ni yang paling tepat dengan cara yang ditulis dalam album.

Bahan yang diperlukan:

Description dari Montessori Primary Guide:

2 garisan lurus dan 2 sisi yang sedikit melengkung; bentuk ellipse.  Lebar perlu sedikit lebar dari saiz lebar kasut/kaki kanak-kanak.

Di rumah ni pada asalnya buat one straight line ja. Tengok banyak gambar di pinterest atau blog lain yang buat gitu. Bila baca dengan lebih dalam mengenai aktiviti, tukar line kepada ellipse.

September 2017 punya garisan.

Cara-cara nak kenalkan ikut Montessori Primary Guide juga. Tapi di bawah dah diolah ikut Baytzuhr’s style.

Peringkat pertama:

Demo jalan atas garisan. Ajak jalan sama-sama. Setiap hari, agak-agak cam kita rasa kita dapat ambil perhatian, mula jalan atas garisan. Walaupun begitu, by now, Aqeel hanya akan jalan bila mama dia jalan dan ajak. Dan hanya sampai satu kali pusing. I also added him to bring tray while walking on the line.

Peringkat kedua:

Upkan challenge, dengan tunjuk cara jalan macam ni: letakkan tumit dahulu kemudian jari-jari kaki disusuli dengan jari-jari kaki sebelah lagi sentuh tumit belakang kaki yang depan. Macam dalam video di atas. Jalan dengan perlahan. Boleh juga pasang musik yang tenang dan slow untuk accompany aktiviti ni.

Kalau ada adik beradik lain, tekankan jarak yang sesuai antara diri masing-masing.

Peringkat ketiga:

Extensions! Yang ni menarik (tapi masa tengah taip ni kami belum cuba lagi dan akan cuba inshaAllah) tapi cuba hanya apabila dah mahir dengan peringkat kedua.

A. Berjalan atas garisan bawa bendera atau loceng.
B. Berjalan atas garisan dengan bawa segelas air yang penuh!
C. Berjalan atas garisan dengan bawa 2 objek berlainan. (gelas yang airnya penuh dan loceng)
D. Berjalan atas garisan dengan apa-apa atas kepala. (bean bag atau bakul) (kedua tangan bawa 2objek berlainan tadi)